Apa Yang Penting Dalam Polisi Life?

Polisi life kita boleh kata sebagai asas dalam takaful dan insurans. Bila Pengerusi LIAM kata rakyat Malaysia underinsured, dia maksudkan polisi life yang diambil tidak mencukupi keperluan sebenar.

Ia berbeza dengan medical card. Fungsi medical card adalah untuk membiayai rawatan hospital. Life pula adalah untuk memberi pampasan dalam bentuk duit supaya keadaan kewangan tidak terjejas.

Dalam polisi life ada 2 sahaja yang perlu kita ambil:

  1. Death / TPD (Total Permanent Disability)
  2. Critical Illness (Sakit Kritikal)

Dalam topik bagaimana mengira pampasan ini, kita sudah belajar cara mengira pampasan yang sesuai dengan diri kita.

Nilai pampasan itulah yang kita gunakan untuk diletak pada sum covered bagi Death/TPD. Supaya sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya bekerja, keluarga kita atau diri kita masih mempunyai sumber kewangan berterusan.

Berapa pula nilai yang perlu dilindungi bagi Critical Illness? Saya biasa mencadangkan nilainya adalah minimum 3 tahun gaji atau maksimum 5 tahun gaji.

1 thought on “Apa Yang Penting Dalam Polisi Life?”

Leave a Comment