BAGAIMANA MENIRU PLAN HIBAH TAKAFUL CARA GOOGLE

Laszlo Bock, bekas CPO (Chief People Officer) di Google pernah memberitahu Forbes mengenai manfaat diberikan kepada staf Google.

“Apabila kakitangan Google meninggal, pasangannya akan menerima separuh daripada gaji bulanannya dalam masa 10 tahun.”

Beliau menambah, “Anak mereka pula akan menerima $1,000 sebulan sehingga berumur 19 tahun.”

hibah takaful cara google

Katalah kita mahu tiru plan ini untuk kes di Malaysia:

1. Isteri dapat separuh gaji arwah suami selama 10 tahun.
2. Anak dapat RM1,000 sebulan sehingga umur 19 tahun.

Bukan staf Google sahaja yang boleh dapat plan begini.

Malah kita sendiri boleh reka plan begini sekiranya kita terjumpa ejen takaful hibah. Asyik-asyik cerita harta pusaka, padahal ejen takaful.

Reka Sendiri Plan Hibah Takaful Mengikut Formula Google

Kita reka sendiri guna formula yang Google berikan dan gunakan tool kewangan takaful untuk dapatkan manfaat yang sama.

Formula Google:
1. Gaji / 2 x 12 bulan x 10 tahun
2. RM1,000 x 12 bulan x 19 tahun

Andaikan gaji kita adalah RM4,000 sebulan dan ada seorang anak yang baru sahaja lahir.

Jadi apabila kita meninggal dunia:
1. isteri akan dapat RM2,000 setiap bulan selama 10 tahun.
2. anak dapat RM1,000 setiap bulan sehingga umur 19 tahun.

Coverage kematian yang perlu kita ambil adalah:
1. RM2,000 x 12 bulan x 10 tahun = RM240,000
2. RM1,000 x 12 bulan x 19 tahun = RM228,000

Total coverage untuk kematian adalah RM468,000 sahaja.

Bagi mendapatkan plan takaful begini, kita hanya perlu mencarum serendah RM98 sebulan sahaja.

Saya ada menulis artikel lain sekiranya mahu ambil plan takaful yang mengikut formula income protection.

——————-

Apa Yang Perlu Kita Perhatikan Selepas Ambil Plan Hibah Takaful?

Dengar macam seronok.

Tapi kita sendiri kena ajar isteri, bila dapat duit pampasan itu:

1. Simpan dalam Tabung Haji.
2. Keluarkan RM2,000 sebulan sahaja (separuh gaji)
3. Jangan masuk skim cepat kaya.

Barulah boleh jadi macam Google.

1 thought on “BAGAIMANA MENIRU PLAN HIBAH TAKAFUL CARA GOOGLE”

Leave a Comment