Cuepacs Care untuk kakitangan kerajaan

Hujan turun mencurah-curah. Seperti membawa sekali kesedihan cerita tersontot emas kawan di depan ini.

Mujur jumlah sontotan itu tidak begitu besar. Jadi dalam tempoh setahun lebih ini sudah hampir selesai hutang-hutang dia. Cuma dia minta pandangan untuk kurangkan lagi perbelanjaan isi rumah.

Satu demi satu soalan dia tanya, sampai ke soalan yang ini, “Azree, aku nak tamatkan medical card aku dan famili. Ok ke?”

Soalan ini kalau tanya kepada saya memang akan saya jawab ok saja sebab bagi saya medical card adalah benda mewah atau kehendak.

Tetapi saya memilih cara jawab yang berbeza hari itu.

“Sekarang berapa kau bayar medical card setiap bulan?”

Kawan saya itu memandang keluar tingkap restoran, cuba ingat-ingat, “Dalam RM600 untuk aku, isteri dan dua orang anak.”

Jumlah itu kira cukup murah dan normal, lebih kurang RM150 seorang.

“Kau kerja kerajaan kan? Apa kata kalau aku bagi pilihan yang lebih murah, daripada RM600 itu jadi RM90 sahaja sebulan.”

Muka kawan tadi sedikit terkejut, “Kau biar betik. Ada ke medical card cover 4 orang dengan harga RM90 sebulan!”

“Memang ada. Bukan semua yang kerajaan sediakan tak best. Ini salah satu yang bagus, tetapi ada limitation tertentu.

Cumanya satu famili akan berkongsi kad yang sama. Tetapi ini jauh lebih baik daripada kau langsung tiada polisi medical card.

Cuba kau google maklumat CuepacsCare.”

Satu lagi soalan dia tanya, “Betul bagus ke medical card ini?”

“Mahal tidak semestinya bagus dan begitu juga dengan murah tidak semestinya cikai.”

Kawan tadi merenung lama. “Apasal ramai agen takaful tak pernah beritahu ada option bagus macam ini?”

Susah juga nak jawab soalan ini. Takut pula ada agen takaful mengamuk.

“Mungkin sebab mereka tiada isteri kerja kerajaan. Ataupun mereka ini hanyalah salesman, bukannya nak tolong sangat pun.”

Ayat “Kami mahu bantu lebih ramai orang” itu saya kategorikan sebagai ayat retorik semata-mata.

Sekarang ini underwriter untuk Cuepacs Care adalah Zurich Takaful. Salah satu syarikat takaful yang bagus juga di Malaysia.


PS: Medical card boleh masuk kategori benda ‘kehendak’ sebab kita sudah ada hospital kerajaan yang jauh cukup bagus dari segi teknologi dan kepakaran.

PSS: Apa yang lebih penting dalam takaful adalah Income Protection.

Contoh sekiranya kita jatuh sakit sampai hilang upaya untuk cari rezeki, adakah jumlah pampasan takaful itu mampu untuk tampung diri kita dan keluarga selama 10 tahun?

Leave a Comment