Hibah takaful bukan produk

“Tuan, syarikat takaful tuan ada produk hibah takaful tak?”

Banyak juga saya jumpa klien tanya soalan yang sama.

Ini gara-gara suatu ketika dahulu ejen-ejen takaful di sebuah syarikat (tidak disebutkan nama) rajin promo medical card.

Tetapi bila caruman medical card mereka naik dan orang tak nak, mereka promo pula produk investment-linked sebagai pelaburan.

Kemudian bila BNM kata, “Takaful bukan untuk pelaburan tetapi untuk perlindungan.”

apa itu hibah takaful bukan pelaburan

Mereka pun ubah ayat jualan daripada ‘pelaburan’ kepada hibah takaful.

Tidak salah.

Tetapi membawa fahaman yang sedikit misleading.

Apa itu hibah takaful?

Hibah takaful bukan produk, ia adalah cara pampasan itu dibahagikan kepada waris atau orang yang kita hibahkan.

Seandainya pemilik sijil takaful itu meninggal dunia, ada dua kaedah bagaimana pampasan itu dibahagikan:

  1. Diberikan kepada pemegang amanah (ahli keluarga sendiri), dia ini wajib membahagikan pampasan takaful itu mengikut kaedah faraid.
  2. Hibah atau hadiah.

Jika kita kata pampasan takaful itu mahu dihibahkan kepada isteri 100%, maka ia milik isteri 100% selepas kita meninggal dunia.

Waris lain tidak berhak menuntut secara faraid atau apa juga sebab.

Dan cara pembahagian melalui hibah ini bukan benda baru dalam industri takaful. Sejak 2011 lagi sudah ada syarikat yang sediakan.

Sekarang, semua syarikat takaful sediakan kontrak untuk peserta bersetuju pampasan diagihkan secara hibah.

1 thought on “Hibah takaful bukan produk”

Leave a Comment