MAKSAK Medic Care Untuk Non Muslim

Pertama sekali bagi umat Islam perlu faham MAKSAK medical card ini diunderait oleh syarikat insurans, bukan takaful.

Sekiranya ada alternatif takaful, maka tiada alasan untuk ambil insuran. Alternatif takaful adalah Cuepacs Care yang diunderait oleh Zurich Takaful.

Saya terangkan apa yang saya borak dalam telefon bersama salah seorang ejen MAKSAK Care.

Apa itu MAKSAK Medic Care?

MAKSAK Medical Card – program kad perubatan keluarga untuk staf kerajaan.

Saya cuba tulis apa yang saya faham mengenai MAKSAK. Sekiranya ada maklumat yang salah, mohon betulkan dan beritahu di ruang komen.

Sebab dalam web rasmi MAKSAK sendiri tiada maklumat mengenai program medical card mereka.

1. MAKSAK ini merupakan salah satu jabatan bawah JPM (Jabatan Perdana Menteri).

Nama penuhnya Majlis Kebajikan & Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia.

Lihat namanya sudah tahu fungsi utamanya untuk jaga kebajikan staf kerajaan (termasuk keluarga).

2. Mungkin sebab itu mereka buat program medical card. Sama juga macam Cuepacs, Kongres Kesatuan Pekerja, mereka pun mahu dilihat menjaga kebajikan.

Jadi kedua-duanya ada program medical card masing-masing. Dua-dua ini TIDAK berkaitan satu sama lain.

3. Kalau nak cari PDS (Product Disclosure Sheet) pasal produk ini agak payah nak jumpa. Saya cuba Google pun tak jumpa lagi.

Tapi menurut penerangan ejen, boleh katakan program insurans MAKSAK ini macam policy investment-linked.

3 dalam 1 katanya. Ada medical card, ada PA (personal accident) dan ada saving. Setiap 3 tahun peserta akan dapat RM1,500 dividen.

INSURAN ATAU TAKAFUL?

4. Underwriter (penanggung risiko) bagi program ini adalah MCIS Insurance Bhd. Setakat pengetahuan saya, MCIS belum ada lesen sebagai takaful operator lagi.

5. Apa kaitan dengan Etiqa? Antara carian dalam Google paling kerap muncul beritahu MAKSAK Insurance ini ada kerjasama dengan Etiqa.

Tetapi bila tanya ejen yang saya call tadi, dia kata tak ada kaitan.

Jadi mungkin ada ejen Etiqa yang jadi ejen insurans MAKSAK ini juga.

Ini andaian saya sahaja. Sebab dulu pun ada kes ejen Takaful satu company lain jadi ejen Cuepacs Care. Kemudian sambil promote Cuepacs Care, kata wajib sekalikan dengan produk takaful mereka.

6. Kesimpulan, MAKSAK punya medical card adalah produk Insurans. Bagi yang beragama Islam, janganlah ambil.

(Cuepacs Care pula underwriter adalah SUN LIFE MALAYSIA TAKAFUL BHD. Bolehlah masuk dalam senarai pilihan)

BERAPA KENA BAYAR SETIAP BULAN & MANFAAT

7. Kalau nak ambil pakej famili, kena bayar RM320. Cover diri, satu pasangan dan ‘unlimited’ anak.

8. Tapi limit hospitalise berbeza setiap individu:

Diri sendiri – Limit Tahunan RM30k
Pasangan – Limit Tahunan RM20k
Setiap Anak – Limit Tahunan RM15k

Limit Tahunan ini maksudnya limit yang boleh di-claim dalam satu tahun. Andai kata kos rawatan masa anak kita warded pada Januari lepas RM5k, jadi masih ada baki RM10k yang boleh di-claim dalam tahun ini.

Andai kata kos rawatan RM20k, maka lebihan RM5k itu kena bayar sendiri.

KESIMPULAN

9. Bagi kakitangan kerajaan beragama Islam, boleh adukan perkara ini kepada MAKSAK untuk buat satu lagi produk underwrite oleh syarikat takaful.

Jumlah Muslim dalam kakitangan kerajaan rasanya ramai. Sepatutnyalah MAKSAK fikirkan juga soal halal haram.

Selagi ia underwrite oleh syarikat insurans, maka JAUHKAN diri.

10. Apa-apa pun kita masih ada hospital kerajaan yang cukup bagus dan pantas servis.

3 thoughts on “MAKSAK Medic Care Untuk Non Muslim”

  1. Assalamualaikum. Pada kad maksak ayah saya ada tulis
    Diuruskan oleh Takaful Nasional.
    Tapi sejauhmana kebenaran nya saya pun tidak pasti. Saya cuba juga cari pihak mana yangembuat underait bagi plan ini. Sekiranya benar diunderait oleh MCIS, saya akan terus minta ayah berhenti memandangkan dia juga ada plan takaful medikal kad peribadi.
    Untuk cuepacscare, sekarang tidak lagi bawah Sun Life Takaful, dah bertukar ke Zurich Takaful.

  2. Fuhh..saya ada juga client yang elok2 ambil takaful,terjerumus dengan MAKSAK ni,tanpa bertanya pendapat saya ejen beliau..tahu2 je client buat keputusan sendiri..sedangkan kita bagi medical card terbaik dah untuk dia dan keluarga dengan coverage medical yang tinggi dan juga ada protection dari meninggal dan hilang upaya kekal beserta lagi simpanan..tapi apakan daya..client dah buat keputusan terburu buru..huhu

Leave a Comment