Medikal kad iGreat Aman

iGreat Aman adalah pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan ( INVESTMENT-LINKED) dengan caruman berkala yang terhad yang menyediakan perlindungan apabila berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan kekal kepada orang yang dilindungi. Pelan ini adalah produk Takaful Keluarga yang dikaitkan dengan prestasi aset, dan bukan produk pelaburan seperti unit amanah.

  • Pelan komprehensif dengan caruman bulanan serendah RM100
  • Had tahunan sehingga RM990,000
  • Wang Ihsan
    Sejumlah RM2,000 sekiranya pencarum meninggal dunia.
  • Auto renew
    Dapatkan perlindungan sehingga 70 tahun hari lahir berikutnya dan nikmati tambahan selang 10 tahun perlindungan lanjutan automatik selepas matang sehingga umur 90 tahun hari lahir berikutnya.
  • No Lapsed Facility
    Kemudahan tidak luput pada tiga tahun pertama sijil akan memastikan sijil anda terus berkuat kuasa walaupun jumlah nilai di dalam akaun unit peserta anda menjadi sifar.
  • Perlindungan penyakit kritikal paling luas di Malaysia
    Sila klik di sini untuk melihat senarai 45 penyakit kritikal.
  • Badal Haji. Bagi menyempurnakan Rukun Islam ke-5
  • Perlindungan Sakit Kritikal yang lebih luas. Kini meliputi 45 jenis Sakit kritikal berbanding hanya 36 jenis sakit kritikal sebelum ini.

Bagaimana iGreat Aman berfungsi ?

iGreat Aman

Kenapa iGreat Aman ?

Produk ini adalah sebuah produk komprehensif yang menggabungkan beberapa fungsi

Medikal kad iGreat Aman bertujuan untuk meringakan beban anda dari menanggung kos perubatan di hospital pakar.

Terdapat beberapa pilihan pelan yang menawarkan jumlah Room & Board serta jumlah had rawatan yang berbeza.

iGreat Aman juga menawarkan beberapa fungsi RIDER/Pampasan terhadap kejadian berikut :

  • Perlindungan Asas Kematian dan Hilang Upaya Kekal. Pampasan yang akan diterima oleh waris setelah ketiadaan anda atau ketika terlantar akibat hilang upaya kekal
  • Kematian Akibat kemalangan (P.A.). Pampasan yang akan diterima oleh waris setelah ketiadaan anda akibat kemalangan.
  • Sakit Kritikal. Pampasan wang secara one-off sekiranya di diagnos menghidapi penyakit kritikal
  • Hilang Upaya Sebahagian. Pampasan wang secara one-off sekiranya kehilangan sebahagian fungsi atau anggota badan.
  • Waiver. Pengecualian bayaran bagi polisi anak yang di bawah tanggungan atas faktor berlakunya kematian atau hilang upaya kepada pemilik sijil.
  • Elaun Hospitalisasi. Elaun hospitalisasi harian bertujuan meringankan beban pelanggan terutamanya bagi yang bekerja sendiri atau berniaga.

Selain turut mempunyai fungsi nilai tunai atau Cash Value yang sering digunakan oleh agen yang tidak bertanggungjawab sebagai SIMPANAN.

Nilai tunai ini sebenarnya membantu di mana seandainya pelanggan tidak mampu membayar caruman untuk suatu tempoh, Polisinya akan terus berjalan kerana nilai tunai yang diambil.

Agaknya apakah persediaan yang anda perlu ada sebelum berjumpa agen Takaful ?

  • Ketahui jenis perlindungan yang diperlukan.
  • Berapa jumlah perlindungan yang sesuai dengan keperluan sekarang dan akan datang?
  • Selain dari perlindungan asas Kematian dan Hilang upaya, Apa lagi yang ditawarkan oleh pelan tersebut?
  • Adakah caruman akan meningkat mengikut umur?
  • Bolehkah saya menaik taraf rider/pelan ini pada masa akan datang?
  • APA YANG TAK DITAWARKAN DALAM PELAN INI? (Uji kejujuran agen)
  • Dokumen apa yang perlu disediakan? (Laporan kesihatan jika ada sejarah sakit dll)
  • Berapa lama tempoh bertenang (cooling period) sebelum perlindungan bermula?

Dua soalan di bawah ini pula adalah tanggungjawab peribadi anda sebagai pelanggan dan kepada diri sendiri

Adakah saya mampu membayar caruman ini?

Meskipun adakalanya tawaran yang di beri seperti UNLIMITED medical limit, Room & Board RM400 semalaman. Adakah anda betul memerlukannya atau ianya hanya sebagai kehendak sahaja.

Memilih produk Takaful ini sangat penting kerana pilihan yang anda buat hari ini akan sentiasa bersama anda sehingga puluhan tahun yang mendatang.

Ianya adalah satu komitmen sepanjang hayat.

Adalah satu kerugian untuk sentiasa melompat dari satu produk ke satu produk yang lain kerana nilai tunai terkumpul yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan sijil sebelum tempoh matang akan berjumlah jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.

Apakah cara bayaran terbaik untuk mengelakkan saya terlupa bayar caruman takaful dan seterusnya tidak dilindungi ?

Terdapat pelbagai kaedah bayaran yang ditawarkan seperti :

  1. Bayaran Tunai dan Cek ( Bayaran Tahunan Sahaja)
  2. Auto Debit
  3. Perbankan Internet
  4. Direct Debit
  5. Arahan Tetap Kredit Kad
  6. Jompay

Kenalpasti cara terbaik yang bersesuaian dengan anda.

Ketahui fungsi sebenar Takaful, Simpanan dan Pelaburan di sini

Atau adakah anda keliru untuk memilih Produk Takaful apa yang bersesuaian dan perlu diambil ?

Jika YA, maka saya cadangkan anda untuk membaca artikel ini terlebih dahulu untuk mendapatkan

pemahaman tentang keperluan produk takaful yang bersesuaian dengan anda. Klik Sini

Memilih produk Takaful ini sangat penting kerana pilihan yang anda buat hari ini akan sentiasa bersama anda sehingga puluhan tahun yang mendatang.

Ianya adalah satu komitmen sepanjang hayat.

Adalah satu kerugian untuk sentiasa melompat dari satu produk ke satu produk yang lain kerana nilai tunai terkumpul yang anda mungkin perolehi sekiranya anda menamatkan sijil sebelum tempoh matang akan berjumlah jauh lebih rendah daripada jumlah caruman yang telah anda bayar.

Leave a Comment