Konsep Simpanan Dalam Takaful

Hampir semua pelan takaful keluarga mana-mana syarikat takaful ada fungsi Cash Value atau tabungan. Dan kebanyakan agen takaful akan sebutnya sebagai savings (simpanan). Kecuali jika anda ambil medical card standalone. Bila sebut standalone, ia memang tiada sebarang tabungan. Apa fungsi tabungan? Perkataan yang lebih tepat ialah “cash value” atau nilai tunai. Jangan samakannya dengan simpanan … Read moreKonsep Simpanan Dalam Takaful

Takaful, Bayar Hangus?

“Apa saya dapat kalau dalam tempoh 5 tahun saya langsung tak guna medical card ni?” Ini soalan paling kerap kami terima. Sebenarnya saat tuan mula mencarum takaful, tuan sudah memberi kegembiraan kepada orang lain. “Bagaimana pula saya dapat gembirakan hati orang lain?” Takaful menggunakan kontrak tabarru’ yang bermaksud sedekah atau derma. Duit kita bayar bulan-bulan … Read moreTakaful, Bayar Hangus?

Siapakah Orang Pertama Dalam Keluarga Yang Perlu Ada Takaful?

Di dalam satu keluarga, suami atau ayah adalah orang yang pertama perlu dilindungi takaful. Kerana dia merupakan breadwinner di dalam keluarga. Breadwinner merujuk kepada orang yang bertanggungjawab memberi nafkah untuk keluarga. Apabila sesuatu musibah berlaku ke atas diri breadwinner ini, maka ia akan menjejaskan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga. Dalam sesebuah keluarga, breadwinner ini selalunya … Read moreSiapakah Orang Pertama Dalam Keluarga Yang Perlu Ada Takaful?

Apa Yang Penting Dalam Polisi Life?

Polisi life kita boleh kata sebagai asas dalam takaful dan insurans. Bila Pengerusi LIAM kata rakyat Malaysia underinsured, dia maksudkan polisi life yang diambil tidak mencukupi keperluan sebenar. Ia berbeza dengan medical card. Fungsi medical card adalah untuk membiayai rawatan hospital. Life pula adalah untuk memberi pampasan dalam bentuk duit supaya keadaan kewangan tidak terjejas. … Read moreApa Yang Penting Dalam Polisi Life?

Bagaimana Mengira Jumlah Pampasan Yang Perlu Diambil?

“Boleh buatkan aku punya polisi takaful cover Death/TPD 1 juta tak?” Terkejut mendengar permintaan kawan saya, terus saja saya bertanya, “Kau nak buat apa dengan pampasan sebanyak itu?” Ia umpama kau sepatutnya pakai Myvi tapi sebab ada banyak lebihan duit, saja beli Civic. Rakan tadi membalas, “Semalam ada agen syarikat xxx jumpa aku kata bayar … Read moreBagaimana Mengira Jumlah Pampasan Yang Perlu Diambil?

Takaful Apa Saya Perlu Ambil?

Risiko kewangan ada banyak. Bila bertemu ejen takaful, pastinya mereka akan jawab, “Takaful boleh lindungi risiko kewangan tuan.” Sebenarnya bukan semua risiko kewangan boleh diselesaikan dengan takaful. Contohnya jika dibuang kerja, tiada produk takaful untuk kes sebegini. Fungsi takaful adalah untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan mahupun simpanan. Malah fungsi takaful lebih spesifik kepada perlindungan kewangan … Read moreTakaful Apa Saya Perlu Ambil?

Apa itu Takaful?

Takaful adalah perkongsian risiko. Misalnya kos menguruskan satu jenazah adalah RM4,000. Ada keluarga yang tidak bersedia dengan dana kecemasan sebanyak itu. Jadi dalam sebuah taman perumahan, mereka buat satu tabung yang dipanggil tabung khairat kematian. Tabung ini biasanya diuruskan oleh pihak surau atau masjid. Katakan dalam taman itu ada 100 penduduk Islam. Kadar kematian pula … Read moreApa itu Takaful?