Panduan Memilih Hibah Takaful Terbaik

Panduan Memilih Hibah Takaful Terbaik

“Mana satu produk hibah takaful terbaik?”

Pertama sekali, kita perlu faham hibah takaful bukan produk. Ia adalah cara pampasan takaful kita diagihkan kepada orang yang kita kehendaki.

Katalah pampasan takaful kita, RM500,000 dan kita mahu hibahkan kepada isteri 100% apabila kita meninggal dunia.

Maka apabila kita meninggal dunia nanti, isteri kita akan dapat 100% pampasan itu tanpa boleh waris lain pertikaikan.

“Maksudnya ada cara agihan lain selain daripada hibah?”

Ya, cara lain kita pilih seorang pemegang amanah sama ada ayah, kawan, atau isteri atau sesiapa sahaja.

Mereka ini (pemegang amanah) hanya bertindak sebagai orang yang menguruskan pampasan itu sahaja. Mereka perlu agihkan pampasan itu secara faraid.

Produk takaful apa yang bagus untuk hibah?

“Kalau hibah takaful ini bukan produk, jadi apa produk yang takaful yang bagus untuk saya hibahkan kepada isteri?”

Sekarang soalannya baru tepat. Dan kita pun berada di landasan yang betul.

Produk takaful yang boleh dihibahkan ini adalah bawah kategori takaful hayat (life takaful). Secara asas ia melindungi pemilik sijil terhadap 3 perkara berikut:

  1. Kematian
  2. Lumpuh
  3. Sakit kritikal (optional)

Produk takaful ada banyak tetapi yang biasa kita jumpa ada 2 ini:

  1. Investment-linked
  2. Term takaful

Hampir semua syarikat takaful ada produk investment-linked. Jadi bagaimana kita mahu bandingkan?

Cara Bandingkan Plan Hibah Takaful Terbaik

Prinsipnya mudah sahaja: Coverage besar, caruman rendah.

“Bagaimana mahu tahu coverage yang kita ambil itu sudah terlalu besar atau cukup?”

Saya ada tulis panjang di sini dalam topik bagaimana mengira coverage yang perlu diambil.

Saya ringkas secara mudahnya begini.

Kita bincang dengan pasangan, “Sekiranya saya mati nanti, berapa tahun sayang perlukan masa untuk hidup kembali stabil?”

Katalah pasangan kita jawab 5 tahun. Maka kita kiralah perbelanjaan bulanan yang kita keluarkan darab dengan 5 tahun.

Contoh:

Perbelanjaan bulanan – RM3,000
RM3,000 x 12 bulan x 5 tahun = RM180,000

Maka jumlah pampasan/coverage yang kita perlukan adalah RM180,000.

Sekarang kita pergi cari 3 orang ejen lain syarikat dan minta quotation bagi pampasan RM180,000 sekiranya berlaku kematian, lumpuh dan sakit kritikal.

Senang kan?

Nak lebih mudah hubungi saya terus, 0197749201.

Hibah Takaful post

1 thought on “Panduan Memilih Hibah Takaful Terbaik”

Leave a Comment