Penangguhan bayaran caruman Takaful dan tanggungan kos ujian Covid bernilai RM300

Kos ujian COVID

Seorang klien bertanya, “Berapakah kos ujian COVID?”

Program penangguhan bayaran caruman Takaful dan Insuran yang diumumkan oleh Kerajaan membenarkan setiap pemilik sijil Takaful yang terjejas kewangannya disebabkan COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) untuk menangguh bayaran caruman tetap mereka selama 3 bulan tanpa menjejaskan perlindungan sijil.

Perlu diingatkan, Program ini tidak bersifat automatik. Ianya perlu di mohon dan tertakluk kepada kelulusan Syarikat.

Siapa yang layak memohon untuk dapatkan tanggung kos ujian COVID?

a) Pemilik sijil yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

(b) Ini adalah bagi semua sijil yang carumannya perlu dibayar pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020 (merangkumi kedua-dua tarikh)

(c) Caruman mestilah dibayar sehingga tarikh perlu dibayar terkini pada 18 Mac 2020.

(d) Bagi sijil caruman tetap.

Program ini bermula dari 1 April 2020 sehingga 31 Disember 2020 dan Permohonan untuk menangguh bayaran caruman hendaklah diterima dalam tempoh ini.

Proses permohonan akan mengambil masa 10 hari bekerja daripada tarikh terima borang dan dokumen lengkap semasa tempoh PKP, dan 5 hari bekerja selepas tempoh PKP. Pemilik sijil akan menerima notifikasi mengenai status permohonan mereka melalui emel.

Adakah pemilik sijil perlu membayar balik caruman 3 bulan selepas tamat Program?

Ya, pemilik sijil untuk hibah takaful perlu membayar balik caruman penangguhan 3 bulan apabila tamat Program bagi mengelakkan sijil menjadi luput.

Nasihat peribadi saya sekiranya anda mampu, Teruskan bayaran seperti biasa kerana setelah 3 bulan, Anda akan perlu membayar semula tunggakan ini TANPA sebarang faedah atau caj dikenakan.

Zaman kegawatan ekonomi begini bukan mudah orang nak hulurkan bantuan sekiranya kita ditimpa musibah. Bukan mereka kedekut, Mereka pun takut dan berhati – hati berbelanja.

Pastikan pelan Takaful dan medikal anda sentiasa inforce. Setidaknya kita kalis kos rawatan.

Sekiranya anda benar terkesan dan ingin memohon penangguhan bayaran. Saya sentiasa bersedia membantu. Gunakan wang penangguhan ini untuk kelangsungan hidup.

Bagaimana untuk memohon ?

  1. Muat turun dan lengkapkan borang penangguhan caruman.
  2. Lengkapkan dan hantar Borang bersama dokumen sokongan melalui emel ke DefermentContribution@greateasterntakaful.com

Apakah dokumen-dokumen lain yang diperlukan?

  1. Borang Permohonan Penangguhan C
  2. Laporan atau surat yang disahkan oleh Doktor di mana-mana hospital yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan pemilik sijil dijangkiti Covid-19; atau
  3. Laporan atau surat yang disahkan oleh Doktor yang menyahihkan pemilik sijil dikuarantin di rumah kediaman diwajibkan akibat potensi jangkitan Covid-19; atau
  4. Surat majikan mengenai potongan gaji atau penamatan/pemberhentian kerja; atau
  5. Surat atau bukti pengurangan komisen; atau
  6. Bukti hilang pendapatan perniagaan, seperti penutupan medan selera atau kedai, kejatuhan hasil perniagaan, dsb; atau
  7. Sebarang dokumen atau bukti yang boleh menyokong permohonan.

TANGGUNGAN KOS UJIAN RM 300 COVID-19

Tabung Saringan COVID-19 (CTF) yang ditubuhkan oleh industri insurans dan takaful bernilai RM8 juta bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan lebih banyak ujian saringan COVID-19.

Ini bagi menampung kos ujian COVID yang mahal yang ditanggung kerajaan.

Tabung ini akan menyalurkan pembayaran balik tunai tetap sehingga RM300 untuk kos ujian saringan COVID-19, bagi individu yang dilindungi di bawah polisi insurans/sijil takaful perubatan individu atau kelompok.

Siapakah yang layak untuk membuat tuntutan dari tabung CTF?

  1. pemegang polisi insurans dan sijil takaful di bawah pelan insurans / takaful perubatan individu atau kelompok*, yang telah dirujuk oleh doktor yang berdaftar untuk ujian saringan COVID-19 di makmal swasta yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan di laman web COVID-19 KKM.
  2. * untuk kelompok pekerja sahaja, tidak termasuk tanggungan
  3. Polisi insurans / sijil takaful anda mestilah masih berkuatkuasa pada 27 Mac 2020 dan pada masa ujian saringan COVID-19 dilakukan

CTF hanya akan membayar jumlah maksimum RM300 kepada setiap individu tanpa mengira jumlah ujian saringan COVID-19 yang telah diambil. Anda hanya boleh membuat satu kali tuntutan dari tabung CTF walaupun anda mempunyai lebih dari satu polisi insurans / sijil takaful perubatan.

Siapa yang layak mengambil ujian Covid-19 di bawah Ctf ini ?

Maklumat lanjut boleh rujuk di sini

Jika terdapat sebarang kekeliruan boleh berhubung terus dengan saya di 0127652178

Tiada sebarang walk in di kaunter cawangan atau ibupejabat Great Eastern Takaful seluruh Malaysia.

Leave a Comment