Siapakah Orang Pertama Dalam Keluarga Yang Perlu Ada Takaful?

Di dalam satu keluarga, suami atau ayah adalah orang yang pertama perlu dilindungi takaful. Kerana dia merupakan breadwinner di dalam keluarga.

Breadwinner merujuk kepada orang yang bertanggungjawab memberi nafkah untuk keluarga.

Apabila sesuatu musibah berlaku ke atas diri breadwinner ini, maka ia akan menjejaskan pendapatan dan perbelanjaan seisi keluarga.

Dalam sesebuah keluarga, breadwinner ini selalunya suami atau ayah.

Suami & Isteri Bekerja

Dalam zaman sekarang, suami dan isteri selalunya bekerjasama menyediakan pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Maka dalam situasi begini, orang kedua yang perlu mencarum adalah isteri.

Kemudian barulah kita lihat duit lebihan sama ada perlu atau tidak untuk kita carum takaful untuk anak pula.

Bajet Ketat

Dalam situasi keluarga besar, bajet untuk takaful biasanya sedikit ketat.

Cadangan kami adalah ambil takaful untuk Income Protection sahaja buat si ayah dan ibu. Tanpa perlu ambil medical card.

Untuk si anak, bolehlah kita consider untuk ambil medical card.

Jika kita yang terpaksa warded hospital, kita masih boleh gagahkan diri untuk masuk ke hospital kerajaan. Tetapi jika anak yang kecil, mereka memerlukan ibu untuk sentiasa berada di sisi. Jadi eloklah si anak kita berikan medical card.

Jika kita tiada, maka anak itu hilang tempat bergantung. Oleh itu, utamakan ambil Income Protection.

Leave a Comment