Takaful, Bayar Hangus?

“Apa saya dapat kalau dalam tempoh 5 tahun saya langsung tak guna medical card ni?”

Ini soalan paling kerap kami terima.

Sebenarnya saat tuan mula mencarum takaful, tuan sudah memberi kegembiraan kepada orang lain.

“Bagaimana pula saya dapat gembirakan hati orang lain?”

Takaful menggunakan kontrak tabarru’ yang bermaksud sedekah atau derma. Duit kita bayar bulan-bulan itu adalah derma yang dikumpul ramai-ramai untuk bantu ahli lain yang ditimpa musibah.

Mungkin bukan kita yang jatuh sakit, tetapi ada pencarum lain yang ditimpa musibah.

Mungkin dalam tempoh 5 tahun kita tidak ditimpa musibah, tetapi ada pencarum lain yang terpaksa berdepan dengan kos rawatan yang tinggi.

Di situ wujud fungsi takaful iaitu saling membantu sesama pencarum.

Kita mencarum takaful bukan sahaja untuk protect diri sendiri, secara tidak langsung juga kita membantu orang lain.

Konsep takaful ini umpama tabung khairat kematian di masjid kawasan tuan.

Kita bayar caruman tahunan untuk tabung khairat itu supaya sekiranya ada ahli kariah yang meninggal dunia, dapatlah warisnya gunakan duit tabung itu untuk menampung kos pengebumian.

Ada tak kita tanya pada orang masjid, “Imam, bila saya boleh dapat balik duit yang saya bayar dalam tabung khairat ini. Dah lebih 6 tahun saya bayar!”

Sudah tentu tidak.

“Kenapa ada agen kata ada simpanan?”

Sekiranya tuan ambil medical card sekali dalam produk investment-link, maka akan ada sebahagian duit caruman bulanan pergi ke Cash Value.

Boleh baca semula blog ini dari awal untuk memahami konsep Cash Value.

Duit dari Cash Value itulah yang ramai agen kata duit simpanan. Bagi saya pemahaman itu kurang tepat.

Leave a Comment