Takaful cover kos bersalin?

Takaful cover kos bersalin?

“Encik, takaful encik ni cover tak kos bersalin?”

Fungsi takaful adalah untuk menghadapi saat cemas yang tidak dirancang atau ketidaktentuan dalam kehidupan.

Adakah bersalin / beranak itu termasuk perkara di luar perancangan?

Atau tahu-tahu saja tetiba esok terpaksa bersalin?

Jika tidak, maka tidak perlu ambil takaful untuk itu. Mungkin ada insurans yang menawarkan polisi bersalin, tetapi pasti caruman menjadi mahal.

Lebih baik dari awal tahu isteri bakal bersalin lagi 6-8 bulan akan datang, kita mula menyimpan untuk saat itu.

Benda seperti ini kita masih boleh merancang.

Ada polisi yang cover perkara-perkara yang tidak diingini berlaku saat kelahiran seperti kelahiran pramatang atau penyakit kongenital bayi.

Ini dalam plan Rider khas untuk wanita.

Leave a Comment