Taktik agen takaful kata ada simpanan takaful

Taktik agen takaful kata ada simpanan takaful

“Takaful tuan ini ada savings tak?”

Ada satu norma di kalangan agen takaful bagi menjawab soalan di atas.

Biasanya apa yang disebut sebagai simpanan, terma paling tepat adalah Cash Value. Cash Value ini adalah nilai tunai yang terkumpul apabila kita mencarum dalam produk investment-linked.

Syarikat takaful yang ada produk simpanan takaful

“Adakah semua syarikat takaful ada produk simpanan ini?

Zaman dulu produk yang ada simpanan ini hanya ada fungsi simpanan sahaja tanpa duit itu dilaburkan.

Katakanlah dalam caruman bulanan kita RM100 itu jumlah yang masuk simpanan hanyalah RM20. Maka duit RM20 yang disimpan setiap bulan itu akan kekal sama jumlah tidak bertambah lebih kerana tidak dilaburkan.

Sekarang hampir semua syarikat takaful ada produk investment-linked sendiri.

Namun fungsi cash value dalam produk investment-linked sebenarnya untuk menampung kenaikan caruman tabarru’ bila umur kita meningkat tua nanti.

Semakin kita tua, semakin mahal caruman yang masuk ke tabung tabarru’.

Tetapi kerana kita ada duit yang banyak dalam Cash Value, maka duit itu yang menampung kenaikan caruman tabarru’.

Sebab itu ada ejen kata caruman bulanan keseluruhan kita tidak akan meningkat sehingga tua.

Namun, sekiranya kita keluarkan duit daripada Cash Value setiap tahun atau dua tahun sekali, maka kemungkinan caruman kita naik itu sudah pasti.

Berhati-hati dengan ejen takaful yang promote simpanan takaful sebagai pelaburan

Ada ejen takaful yang tahu jumlah cash value tidaklah banyak pada 6 tahun pertama. Jadi apa yang mereka buat, mereka tambah rider saving atau top up bagi menambah jumlah cash value.

Kemudian mereka pun jawab, “Selepas 5 tahun akan ada x,xxx dalam simpanan takaful.”

Ada kesalahan dari sudut etika sebagai agen takaful apabila mereka tidak memaklumkan yang mereka tambah rider saving itu.

Sebab itu ada kes caruman mahal sehingga RM500 tetapi coverage sangat kecil.

Ada kes saya jumpa mereka letak nilai RM150 pada rider saver itu sahaja.

Bayangkan coverage takaful, mereka letak RM100, untuk topup rider simpanan tambah lagi RM150. Total RM250, tapi coverage kecil sahaja.

Ia berfungsi sama seperti kita membuat simpanan di bank atau amanah saham. Tetapi akan ada caj yang ditolak setiap simpanan setinggi 5% – 6%

Jika kita diberi pilihan mahu laburkan RM150 itu ke dalam takaful atau unit trust?

Sudah tentu kita pilih unit trust sebab mereka lebih fokus kepada kepakaran mereka iaitu menguruskan pelaburan.

Leave a Comment